Friday, 24 January 2014

FOKUS KEPADA TUJUAN



Fokus kepada Tujuan
“Sebab itu aku tidak berlari, tanpa tujuan dan aku bukan petinju yang sembarangan saja memukul. Tetapi aku melatih tubuhku dan menguasainya seluruhnya, supaya sesudah memberitakan Injil kepada orang lain , jangan sendiri aku ditolak” ( 1 Kor 9 : 26 – 27)
Dalam Surat Paulus ini ada 3 perkara penting yang perlu kita simak bagaimana supaya kita tetap 

01.                Perlu ada  sasaran
1.1. Sebab itu aku tidak berlari tanpa tujuan, dan aku bukan pentinju yang sembarangan saja memukul.
1.2. Lakukan segala sesuatu yang anda ingin lakukan dengan tujuan dan  matlamat yang jelas.  Cubalah senaraikan apa yang akan anda mahu  lakukan dalam tahun ini dan berfokuslah kepada sasaran itu.
1.3. Berilah keutamaan dalam setiap senarai supaya dapat anda mengerjakan dengan baik.
02.                Perlu ada  Latihan
2.1.  Latihan itu penting. Mengapa ? Kerana jika kita tidak  melatih dan latihan maka kita tidak akan pernah menjadi mahir.
2.2. Pisau sahaja tidak akan pernah menjadi tajam kalau tidak di asah. Ketajaman sesuatu yang kita miliki akan memerlukan pembelajaran  dan latihan.
2.3. Sama halnya seperti pemain  legendaries  Michael Jordan yang ketika pelatih meminta dia berlatih 3 kali maka dia akan berlatih 2 kali lipat dari permintaan pelatihnya.  Bagimana dengan kita ?
2.4.  Alkitab mengatakan : “Aku melatih tubuhku dan menguasainya”.
03.                Perlu Penguasaan
3.1. Penguasaan diri itu harus ada. Paulus katakan dalam surat ini, “menguasainya seluruhnya” bukan sebahagian.  Apa maksudnya.
3.2. Dalam segala sesuatu dalam hidup kita harus ada penguasaan di dalamnya.
3.3. Penolakan ternyata bukan karena orang lain semata-mata, tetapi juga karena diri sendiri.
3.4. Itulah sebabnya kita perlu penguasaan diri. Dan bukan itu sahaja bahawa “Penguasaan diri” merupakan Buah Roh yang harus ada dalam diri setiap orang percaya.  (Gal 5 : 22)    Marilah kita merenungkannya.

No comments:

Post a Comment