Fokus
kepada Tujuan
“Sebab itu aku tidak
berlari, tanpa tujuan dan aku bukan petinju yang sembarangan saja memukul.
Tetapi aku melatih tubuhku dan menguasainya seluruhnya, supaya sesudah
memberitakan Injil kepada orang lain , jangan sendiri aku ditolak” ( 1 Kor 9 :
26 – 27)
Dalam Surat Paulus ini ada 3 perkara penting yang perlu kita
simak bagaimana supaya kita tetap
01.
Perlu
ada sasaran
1.1. Sebab
itu aku tidak berlari tanpa tujuan, dan aku bukan pentinju yang sembarangan
saja memukul.
1.2. Lakukan
segala sesuatu yang anda ingin lakukan dengan tujuan dan matlamat yang jelas. Cubalah senaraikan apa yang akan anda mahu lakukan dalam tahun ini dan berfokuslah kepada
sasaran itu.
1.3. Berilah
keutamaan dalam setiap senarai supaya dapat anda mengerjakan dengan baik.
02.
Perlu
ada Latihan
2.1. Latihan itu penting. Mengapa ? Kerana jika
kita tidak melatih dan latihan maka kita
tidak akan pernah menjadi mahir.
2.2. Pisau
sahaja tidak akan pernah menjadi tajam kalau tidak di asah. Ketajaman sesuatu
yang kita miliki akan memerlukan pembelajaran dan latihan.
2.3. Sama
halnya seperti pemain legendaries Michael Jordan yang ketika pelatih meminta dia
berlatih 3 kali maka dia akan berlatih 2 kali lipat dari permintaan pelatihnya.
Bagimana dengan kita ?
2.4. Alkitab mengatakan : “Aku melatih tubuhku dan
menguasainya”.
03.
Perlu
Penguasaan
3.1. Penguasaan
diri itu harus ada. Paulus katakan dalam surat ini, “menguasainya seluruhnya”
bukan sebahagian. Apa maksudnya.
3.2. Dalam
segala sesuatu dalam hidup kita harus ada penguasaan di dalamnya.
3.3. Penolakan
ternyata bukan karena orang lain semata-mata, tetapi juga karena diri sendiri.
3.4. Itulah
sebabnya kita perlu penguasaan diri. Dan bukan itu sahaja bahawa “Penguasaan
diri” merupakan Buah Roh yang harus ada dalam diri setiap orang percaya. (Gal 5 : 22) Marilah kita merenungkannya.